assalam alaik ya akhi , ya ukhti :'(
Di sini aku
bersyukur diberi nikmat menulis dalam kalimah nasihat..
..sedangkan di sana
bersedih kerana tiada upaya untuk memegang pena walau niat ada untuk sampaikan
kebaikan.
Di sini aku
bersyukur diberi nikmat peluang untuk menyampaikan kebaikan..
..sedangkan di sana
bersedih kerana dihalang untuk berkata-kata apatah lagi untuk bercakap tentang
kebaikan.
Di sini aku
bersyukur diberi tenaga dan kesihatan untuk menyampaikan..
..sedangkan di sana
bersedih kerana tiada upaya untuk bangun dan bergerak menulis sesuatu
peringatan.
Di sini akubersyukur
diberi galakan oleh keluarga tercinta..
..sedangkan di sana
bersedih kerana tiada siapa di sisi untuk memberi semangat dan sering dilupakan
sahaja.
Di sini aku
bersyukur dapat meghirup udara yang segar dan sihat..
..sedangkan di sana
bersedih menghidu asap dan habuk daripada sesuatu yang menghancurkan dunia.
Di sini akubersyukur
dikelilingi teman-teman yang penyayang..
..sedangkan di sana
bersedih berkawankan peluru dan bertemankan darah sanak saudara yang telah
terkorban.
Di sini aku
bersyukur ada pembaca yang sudi membaca penulisan ini..
..sedangkan di sana
bersedih kerana tiada siapa yang peduli walaupun berkali-kali menulis
menginginkan kebebasan.
(gen-Q o3)
Hannees share and
sematkan kata2 neyh dalam blog neyh , buat peringatan dri jgk sape2
yg terbaca post ini . sedeyhhh wohh baca bnda neyh . at first , meleleh air
mata kowd . sebab kekadang hannees mmg lalai dlm bersyukur kpd Allah , hannees
x pkir ada ramaiii lgiee saudara2 hannees yg lbeh sukar kdaannya
berbanding hannees . astaghfirullah ~ insya Allah , after diz , hannees akan
lebih peka untuk menetapkan niat hannees utk mensyukri sesuatu nikmat dan dlm
masa yang sma, tidak melupakan org yg tidak berpeluang atas nikmat itu .
dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan " sesunguhnya jika kamu bersyukur , Kami pasti akan menambahkan nikmat itu kepadamu , dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku , maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih "
( 14: 7 ) surah ibrahim
ya Allah , Alhamdulillah utk semuanya .
please Allah , save Gaza & Palestin , save all the muslim in this world :’(


No comments:
Post a Comment
.Salam Alaik awak yg membaca :)
.Share dgn hanis what do you think about this entry.
.Sayang semua <3