status yg sayang korang :)

Sunday, August 23, 2015

"Muka utk tatapan suami jee..ke?"

assalamualaikum :)
.
pengalaman dikongsi, kalau orang lain tak baca pon tak apa, asalkan suatu hari nanti, bila aku sendiri baca, aku boleh refleks diri aku, lagi dan lagi. *feeling happy*
.
ini.. kisah seorang muslimah upload gambarnya di media sosial.
.
sesungguhnya aku mengenali muslimah tersebut. 
aku tahu dirinya dengan tudung labuhnya.
tapi aku belum pernah bersua untuk kenali bagaimana orangnya.
cuma yang aku tahu, dia rakan akrab kepada rakanku si pemuda X itu.
.
muslimah tersebut upload gambarnya tanpa muka. 
hanya tubuhnya dari kaki ke bahu, tanpa sebarang wajah untuk ditatap manusia.
di-crop sehingga tahap itu sahaja. itu sahaja.
.

.
.
.
seorang pemuda Y yang tidakku kenali pon mengemukakan soalannya pada gambar tersebut,


"Muka mana muka?? Haha!"


aku terpikir, 'mungkin dia teringin nak melihat keindahan wajah ciptaan Allah itu, sbb aku sendiri tidak nafikan, muslimah itu teramatlah cantik'
.
.
muslimah itu menjawab,


"Muka utk tatapan suami jee . hehe."



aku terpikir, 'woah, jawapan dia. mantop! aku tak hairan. muslimah kan? bertudung labuh lagi. mesti mahu menjaga iktilat'.
.
.
pemuda Y itu bertanya lagi,


"Hahahaha. Bagus2. Knp x smua skali??? Haha!"


aku terpikir lagi.. eh tak.. aku tersentap dengan soalan pemuda Y itu kali ini..
.
.
.
.dan ntah kenapa.. aku terasa sentap dengan perbualan mereka berdua. 
pemuda itu menyedarkan aku sesuatu. em.. 
mungkin orang lain tak paham. tapi.. itu menyedarkan aku sesuatu. em..

aaahh. jiwa kacau! ahaha!
.
.





Monday, May 6, 2013

Kerana Dia Seorang YUSOF



Assalam alaik ya akhi wal ukhti ! <3 <3 <3
Waaaa..! banyaakk rendhuu meeyy . lama tak mencoret kadd baby blog hanis neey J so for this post , I would love to share a chosen article I found in the Sinergi Magazine edisi9 . sebab buku Sinergi neey sangat best sebenarnya . boleh lawan GenQ+Solusi . but belom cukop komersial seperti buku-2 ilmiah+dakwah yang lain . so , sit down and relax .


* let the mouse keep on moving
* your eyes keep on reading
* and the most important is your HEART KEEP ON UNDERSTANDING





(but im so sorryyy! Hanis ringkaskan penulisannya. Takodd ada yang malas nak baca. Tue pon masih panjang -,-)

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

Air mata kesyukuran berderai membasahi pipi. Yusof diterima melanjutkan pelajaran di universiti idamannya. Al Azhar, sebuah institusi ilmu yang sulit untuk diterjemah rasa kagum dan agung tentangnya.

Yusof berlari dan memeluk ibunya. Tangan tua itu dicium lantas surat itu dihulurnya lantaran tidak mampu meluahkan dengan kata-kata kerana terlalu gembira. Ibunya juga turut menangis kegembiraan.

Dahi Yusof yang bakal terbang ke bumi Kinanah dikucup. Yusof akan belajar tentang agama, serta akan lebih memahami makna cinta Esa yang sesungguhnya. Yusof merupakan anak pertama kampung yang akan belajar di negara orang. Yusof istimewa. Sejujurnya, aku bahagia melihat sahabatku bahagia. Meskipun kami bagaikan langit dan bumi.

Yusof orangnya kacak berkulit sawo matang, pintar malah kuat pula hafalannya. Aku biasa saja, tidak sekacaknya dan jauh sekali untuk sepintarnya. Aku telah lama redha.

Aku teringat kata Yusof..

Allah menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian. Maka kau kena percaya bahawa kau juga seorang yang tampan. Apa ada pada rupa? Yang dipandang Allah adalah iman dan taqwa.

Tok Dolah selaku ketua kampung mahu mengiringi Yusof ke KLIA. Cik Temah, bidan kampong yang berasa sangat bertuah menjadi orang pertama menyambut kelahiran Yusof ke dunia juga mahu ikut serta. Yusof yang sering mengimami solat  jemaah di masjid dan memberi tazkirah sememangnya memiliki peminat-peminat yang tidak segan mengintai di balik tirai demi melihat Yusof.

 Esok Yusof akan terbang. Aku tidak sempat untuk meluangkan masa bersamanya kerana dia sudah bersiap-siap untuk bersiar-siar bersama ibunya sebelum dia ke sana. Yusof menghidupkan enjin motor usang peninggalan arwah ayahnya.

Ketika hujan mencurah dengan lebatnya, aku menerima panggilan telefon. Yusof dirawat di hospital. Perasaanku bercampur baur. Apakah? Yusof kemalangan dan tidak sedarkan diri. Yusof terjatuh daripada motor dan kepalanya berdarah teruk.
Namun, ibunya lebih memilukan. Dia telah tercampak ke seberang jalan lantas dirempuh oleh sebuah kereta yang tidak sempat mengelak. Innalillahi wainnailahi rajiun.. bagaimana harus aku jelaskan kepada Yusof? Bagaimana aku hendak menyusun kata dan berkias dengan cara yang baik dengannya?

“ Yusof. Kau harus terima takdir Tuhan.. ” Yusof orangnya bijak memahami. Aku kira Yusof akan bijak menerima. Tapi sangkaanku meleset sama sekali.

“ Salah aku ibu mati! Silap aku ibu pergi! ” berulang kali sehinggakan aku jadi sangat sebak kala itu. Duhai sahabat, tabahlah!

Aku dan keluargalah yang menjaga dan merawat Yusof sekarang. Dia sudah menjadi insan yang lain. Ketawa dan menangis seorang diri sehingga dituduh gila. Ketampanan wajah Yusof yang cemerlang berseri itu bagai tertutup.

“ Aku sudah tidak kenal kau Yusof. Aku rindu pada Yusof yang dulu. Seorang yang kuat, tabah dan cekal ”

“ Hidup aku sudah tiada makna. Kau tak faham.. ” air matanya berlinang. Sebagai sahabat, aku pasti memahaminya. Aku sedar, dia bukan Yusof yang dulu.

Yusof, ingatlah Nabi Yusof ditimpakan dengan pelbagai dugaan. Beliau dibenci saudara. Dihumban ke telaga. Dituduh pula memperkosa Zulaikha. Dimasukkan ke penjara. Baginda tidak pernah mengeluh sedikit pon. Ibadah itu ada dua. Pertama, saat kita senang. Kedua pula saat kita susah. Ibadah kala senang itu syukur. Kala duka pula sabar. Sabarlah Yusof. Allah menyayangimu..  

“ Kau tak perlu bandingkan aku begitu. Nabi Yusof itu seorang nabi. Aku manusia biasa. Kau sendiri tahu yang Nabi Yusof itu keturunan nabi yang digelar Khalil Ar Rahman. Sedangkan aku? Manusia biasa! Bagaimana aku untuk sabar sepertinya? ”

Bukan keturunan yang menjadi sumber kekuatan Nabi. Kuatnya Nabi Yusof kerana baginda tidak pernah bergantung harap sedikit pon kepada manusia. Dia tidak pernah mencintai manusia dan dunia melebihi Allah. Tapi Yusof yang sekarang, bergantung harap kepada manusia. Bila Tuhan mengambil orang yang kau cinta, maka kau seolah-olah tak punya upaya. Pulangkanlah cinta itu pada pemilik sebenar cinta, iaitu Allah yang Maha Esa. Bergantunglah kepada-Nya..  ”

Yusof menunduk. Aku biarkannya sendirian di kamar. Mungkin dia perlu masa. Dia perlu ruang untuk memujuk jiwa.

Aku bergegas ke masjid untuk solat berjemaah. Entah kenapa suasana masjid tampak lain hari ini. Aku membuntangkan mata. Menggosok sedikit. Iya! Yusof sudah berdiri di saf hadapan sambil tersenyum kepadaku. Yusof yang aku kenal sudah kembali. Kerana aku tahu, dia seorang Yusof! Alhamdulillah….




- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

Credit to -> my akhwat terchenta (nurul wafa aula alias, cfs iium human sc) J


Allah takkan membebankan hamba-Nya kalau kita tak mampu memikulnya-(2:286)     Allah tahu apa yang kita mampu hadapi. Bahkan Dia amat-2 mengetahui. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu tetapi ia buruk bagimu. Boleh jadi kamu membenci sesuatu tetapi ia amat baik bagimu-(2:216) Trust me! Allah knows the best! Semuanya yang terjadi pasti,pasti,pasti ada hikmahnya tersendiri. Semudah-2 hikmah yang boleh kita dapat daripada segala ujian ialah..Allah nak kita selalu ingat Dia and jadi lebih kuat!
“ Wahai orang yang beriman! Mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang bersabar “ – (2:153)
Moga kita akan menjadi sekuat Yusof, sekuat Rasulullah, sekuat pahlawan Islam yang lain. Kerana apa? Mungkin kita bukan Yusof.
Tapi kita adalah MUJAHID MUJAHIDAH ! <3



Sunday, March 31, 2013

30 perkara x|


Assalamualaikum ukht , akhi , dan awak sang lelaki yang saya tujukan entry neey !


kita selalu cakap " susahnyaa nak paham manusia neey ! "
naahh ~ mungkin neey dapat bantu kita wak , tak banyak . tapi serba sdikit apa yg termampu saya nak kongsi dgn awak . moga awak lebih mengerti selepas neey .

kpd semua : do enjoy this entry  :)  HANIS SAYANG KORANG .


30 things
WHAT YOU SHOULD KNOW TENTANG PEREMPUAN ? APA YANG PEREMPUAN TAK MAMPU NAK JELASKAN KPD SEORANG LELAKI ? 



1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 


2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 


3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). 


4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. 


5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. 


7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja. 


8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. 


9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 


10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna. 


11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. 


12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 


13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. 


14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. 


15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 


16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 


17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! 


18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.  
  

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 


20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. 


21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 


 22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. 


23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. 


24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. 


25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 


26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. 


 27. Senjata wanita adalah airmata!! 


 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya  (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan  ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. 


29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...  


30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

okay ? neey suma dapat drpd itenet , bukan setiap perempuan macam neey , tapi lebih kurang lhaaa :) but apa yg hanis nak tambah kadd sini . 

untuk awak wahai lelaki:
perempuan bukan nanges suka-2 ! bukan utk minta simpati , bukan utk sngaja wat awak lemah+menyampah ! bukan saja nak tergedik-2 nak awak pujok ! tapi itu jea cara wanita mampu nak luahkan apa yg dia rasa apabila dia tak mampu nak sebutkan dgn kata-2 . kadang-2 dia menanges sebab dia rasa sakit+sedih , tapi dia tahan , taknak cakap apa-2 yg sakitkan hati awak , sedaya upaya menjaga hati awak , tapi dgn tak sengaja . . dia akan menanges ! kadang-2 dia akn cuba utk tahan bunyi airmata itu drpd didengari awak , sebab awak selalu cakap "alaaahh, apalaah asyik-2 nanges.." awak rasa, apa perasaan perempuan bila awak cakap macam tue ? 

hiks. tetiba emosi, kbai~

salam alaik !

Friday, March 22, 2013

dear hanis' haters



Assalamualaikum . kalau tak jawab dosa , kalau jawab sayang :DD



Once hanis take a view on this video , one word lhaa , I think owsem !
remind , recall , rewind suma-3 , me too have a lootttt of haters - -' 
( ade kea yg xde lgsg? )
so this video sanad-3 inspiring sbnarnya . credit to u sis! *MARIA ELENA*
kata-2 yg tulus ikhlas dr hati , and sanad sesuai utk smua-2 haters neey
cer play :DD tlong lhaa , ta nyesal aihh !




(i love the way she talks:)



So . dear HANIS HATERS ( should I call u double H , sytle skeet an ? )

Yup-4 ! u all memang mean aloottt in my life :DD

Korang memberi sejuta rasa kepada hanis every single day . ( tahniah lha )

Korang bagi hanis rasa sedeyh , kecewa , terkilan , marah but happy* at the same time .

Happy sebab . . korang wat hanis lebih-2 kuat ! yeeaahh !

Hanis belajar untuk lebih bersabar , and kadang-2 jadi ignorant :D

And korang lhaa yang encourage hanis untuk jadi lebihhh baek , a better person ! ( mekaseehhh lhaa bebyak aek !)

Kalau korang tak kutuk-2 hanis , tak mengata-ngata hanis , tak ngumpat hanis ,

Might be , hanis masih jadi hanis yg sama cam dlu , wat dosa tak sdar diri !

Skrang . . ta lhaa kta hanis dah baek . but !

I have improve daah J Alhamdulillah syukurrrr ~

Allah jadikan korang medium utk sedarkan hanis dgn kesalahan-2 diri yg I could not see with my own eyes , 

congratulation to all of you haters :D the chosen one kowd !

Haters-2 , korang wat hanis sedar yg hanis is not perfect .

And I shall improve and change . inshaa Allah , moga Allah permudahkan .

So , sape-2 lagi nak mengata , mngutuk . mngumpat .

Boleh jea , tp boleh kowd kaan kalau nak keep it private antara kita ?

Senang sket hanis nak brubah bila org slow talk . tapi . .

Kalau stakat nak bising-2 blakang-2 , tayah lhaa kayy darling ?

U makan makan daging saudara u sendiri , ( cannibal ke u ney? ) *ahaaxx!

And then , nak gossip-2 sal benda yg btul , I can accept it lagi lhaa .

Tapi ! kalau nak wat cter , tokok tambah kea , I just could say . .

BOLEH TAK JANGAN FITNAH-2 ORANG ??? LOL!

Lagi terok dari membunuh tu , ta takodd kea ? - -






Kayla , nanti lagi panjg plak post neey . bukan boleh sanad luah-2 prasaan ney , t emotional lebeh plak . hehe ~ so akhir kata , THANK YOU HATERS ! nak benci , bencijugak . tapi hati-2 , nantijatuh sayang plak . ahaha! Kiddin okay , KIDDING !(jgn benci hanis sebab cakap cgginey plak :P )


Salam sayang drpd insan yang di-hate ,
Hanis Nabilah Roslan J



was best friend



Even hari neey one of the important day in my life ,
hanis rasa kosong sanad-2 .
Ya Allah , aku dah lama jauh dari-Mu .
Bukakan jalan untuk aku terus tabah dalam semua neey.


Tadi ( baru jea ) hanis add Fatin Fazlina <3 , my sahabat ( was )
Sedeyh sebab terpaksa guna was tue . apa boleh buat .
Dia salah satu medium yang Allah turunkan untuk duga hanis .
Hanis hilang someone yang hanis anggap macam family dan sahabat dunia akhirat .
Allah duga persahabatan kami .
Dan . .
Mungkin Allah nak hukum hanis sebab tak jadi sahabat yang sempurna dulu untuk dia .
Hanis sedar hanis banyak salah dengan semua orang ,
Hanis pernah buat macam-macam salah dan dosa .
Hanis tau hanis tak perfect .


Sorry , maaf , afwan semua . .

Hanis tengah cuba .

Nak tarbiyah , nak berubah , nak berhijrah

Gimme some times . Im struggling here .


Semua orang pernah buat silap kaan ?
Dan tak semestinya dalam hal tue , im the only one yang bersalah .
Hurm , sedeyh Ya Rabb . sedeyh .




(i hope..for now only)


Please Allah , bless her --> fatin fazlina jantan :')

Thursday, March 7, 2013

kita ney bercintakah ?



Assalam alaik awak :)

akan tiba suatu malam tue , saya bacakan puisi ney untuk awak .
semoga awak akan suka sangat !
awak .. awak rasa tak kebahagiaan yang saya rasa ?





AWAK , KITA NEY BERCINTAKAH ?



Awak ,
Kita tidak berpegang tangan seperti mereka ,
Melafaskan kata cinta berbalas-balasan ,
Bahkan ada jarak yang jauh antara kita ,
Dan wujud pelbagai batasan .

Kita ney bercintakah ?

Awak,
Kita tidak sering berhubungan ,
Tiada bicara manis ,
Dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan .

Kita ney bercintakah ?


………………………………………………………………………………………………………

Ya !
Kita ini bercinta .
Cuma bukan dengan definisi mereka ,
Tetapi dengan cara-Nya .

Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada ,
Sekarang adalah masa untuk persiapkan diri kita ,
Manis hubungan bukan pada pegangan tangan ,
Juga bukan pada bicara kata ,
Tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan ,
Dan sejauh mana kita menjaga pasangan daripada neraka .

Nanti bila bersama ,
Kita bukanlah keluarga biasa ,
Bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurga-Nya .

Awak ?
Bukankah itu adalah CINTA ?



saya tunggu saat ini :')



awak bakal imam saya, insya Allah :)



Semoga cinta kita di dalam redha Illahi , berdoalah selalu moga jodoh berpanjangan :’)  saya sayang awak LILLAHI TAALA !

Tak romantic tapi bahagia J





http://2.bp.blogspot.com/-jJlNFrlxBGc/T7IcRHywohI/AAAAAAAABUk/gzAOJdA2FsY/s1600/cursor1.gif